Tuesday, September 20, 2011

Note to self, note to everyone.

Kata orang, pergi lah kemana sahaja. Pergi tempat tempat berlainan, jumpa semua orang. Tahu semua perangai, semua persepsi, semua jenis manusia supaya pada masa depan, tidak terasa sukar dan pelik bila berada di tempat junjungan orang.

99% setuju.

"Kau pun tahu sekarang ni ramai yang dah teguk, main dengan perempuan, main judi. Mesti membe membe kau pun ada jugak dalam kalangan dorang kan? Tahu. Aku kalau nak bagi nasihat tu, katakan ilmu memang tak cukup. Kata buat benda benda lagha, siapa yang tak pernah terlepas. Tapi kau fikir satu je. Hidup ni ada 4 perkara. Pertama, permulaan yang baik pengakhiran yang baik. Kedua, permulaan yang sakit pengakhiran yang baik. Ketiga, permulaan yang baik pengakhiran yang sakit. Keempat, permulaan yang sakit pengakhiran yang sakit. Semua tu, kau sendiri yang pilih." - Dhil, 2011

Pertama kali aku dengar seseorang eksklusif pemikirannya.

Sebaya.